Pendahuluan
Internet adalah sesuatu yang besar untuk diperkatakan dan dibincangkan. Tiada sesiapa didunia ini yang menyangka bahawa Internet itu benar benar terjadi dan bagaimana sebenarnya Internet itu berfungsi. Tugas kita sebagai pengguna Internet, tidak perlu untuk memahami keseluruhan proses Internet itu, melainkan jika keadaan memaksa untuk kita mendalaminya. Oleh itu, kita cuma perlu tenang dan suka untuk menggunakan Internet sebagaimana yang kita mahu.
Memahami Internet
Anda tentu biasa mendengar tentang istilah Network (apabila satu kumpulan komputer disambungkan agar user dapat berhubung diantara satu sama lain.)
Apabila komputer dihubungkan bersama sama didalam satu Network, pengguna dapat berkomunikasi, berkongsi maklumat ataupun berkongsi komputer diantara satu sama lain.
Network bukan sahaja menghubungkan 2 komputer sahaja ataupun 24 komputer di dalam makmal. Network juga boleh terdiri daripada beribu ribu jenis komputer diserata muka bumi yang bukan sahaja dihubungkan oleh wayar seperti didalam makmal, tetapi dihubungkan menggunakan wayar telefon ataupun satelit diudara.
Internet ialah satu network yang besar yang menghubungkan network-network yang kecil untuk membentuk internetwork. Apa yang dimaksudkan dengan network-network yang kecil ialah, seperti Kolej Pengurusan Astin, UUM di Perlis dan rumah anda.
Apabila Kolej Pengurusan Astin, UUM di Perlis dan komputer dirumah anda bersambung dengan Internet, maka anda telah telah membentuk satu network yang besar. Dimana Network - network yang kecil tadi telah berhubung untuk membentuk satu network yang besar. Network yang besar ataupun Internetworks ini membolehkan anda untuk berhubung, menggunakan Yahoo Mesengger dan melayari Internet Explorer untuk melihat Facebook kawan kawan anda.
Online- apabila user berhubung dengan Internet
Offline - apabila user tidak berhubung dengan Internet
Sejarah
Bermula pada tahun 1957 apabila pihak Soviet Union melancarkan satelit pertama mereka yang diberi nama Sputnik.
Kementerian Pertahanan Amerika merasakan ini adalah satu ancaman kepada mereka lantas menubuhkan ARPA -Advanced Research Project Agency untuk mencipta satu sistem dimana walaupun berlakunya serangan nuklear, mereka masih lagi boleh berhubung.
ARPA telah berjaya menhubungkan 4 buah universiti di Amerika Syarikat. Oleh kerana sistem ini melibatkan operasi ketenteraan, satu sistem telah dibangunkan bagi memastikan tiada data yang hilang sewaktu proses perhubungan berlaku diantara keempat-empat universiti ini.
Kajian demi kajian telah dilakukan dan pada tahun 1982, satu sistem dikenali sebagai TCP/IP telah dibangunkan.Sistem ini juga telah menjadi asas kepada Sistem Internet pada masa kini.
TCP/IP = Transmission Control Protocol / Internet Protocol
Contoh : 192.168.1.84
TCP/IP sukar untuk kita hafal, kerana setiap komputer didunia ini perlu ada TCP/IP. Oleh itu, satu cara untuk memudahkan kita ialah dengan menggunakan nama seperti http://www.google.com/ atau http://www.yahoo.com/ . Nama nama ini mewakili TCP/IP. untuk memudahkan pengguna.
Isu isu Internet
Internet adalah sebuah dunia yang bebas. Pengguna ialah penghuni kepada dunia ini. Oleh itu, sesiapa pun berhak untuk menjadi Penguatkuasa dan juga sebagai Orang Awam. Ini bermakna tanggungjawab untuk menggunakan Internet terletak diatas bahu masing masing. Contoh dibincang didalam kelas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete