Perkakasan dan Perisian


Hardware tidak memainkan peranan bagaimana kita dapat berhubung dengan Internet. Walaupun dengan komputer versi terdahulu seperti Pentium 1 ataupun Pentium 3, kita masih dapat berhubung dengan Internet walaupun dengan kelajuan yang agak perlahan. Oleh itu, hardware hanya membantu bagaimana kita dapat menggunakan Internet dengan baik. Sebagai contoh: Processor yang laju dapat menjalankan beberapa task didalam satu satu masa.



Diantara yang kita perlukan untuk menggunakan Internet ialah:-

  • Modem
  • Komputer
  • Perisian Internet @ Internet Software
  • Client Program

    Modem

    Modem ialah satu alat yang membenarkan 2 komputer berkomunikasi antara satu sama lain melalui talian telefon. Terdapat 2 jenis modem yang berada dipasaran, modem luaran(berada diluar PC) dan modem dalaman( berada didalam PC). 

    Modem mempunyai beberapa kelajuan:
    a. 28, 800 bps (28.8K)
    b. 33, 600 bps (33.6K)
    c. 56, 000 bps ( 56K)

    Semakin rendah kelajuan modem, semakin perlahan hubungan Internet user. Dan modem yang berkelajuan tinggi juga tidak menjamin hubungan Internet yang laju. Beberapa faktor seperti kelajuan Internet yang dibekalkan oleh ISP ataupun kelajuan server juga mempengaruhi kelajuan hubungan komputer dengan Internet.
    Pada tahun 2011, pembekal Internet terbesar di Malaysia iaitu TMNET telah memperbaiki
    perkhidmatan mereka dan menawarkan modem yang baru kepada penggunanya.

    Modem terkini mempunyai beberapa fungsi seperti:-

    • Wireless - Dengan Wireless, ianya telah memudahkan user untuk menggunakan Internet dimana mana sahaja ruang didalam rumah ataupun dipejabat. Wireless tidak memerlukan komputer ataupun laptop disambung dengan kabel. Untuk memastikan ia berfungsi, komputer ataupun laptop memerlukan wireless hardware. Wireless hardware itu juga dikenali sebagai wireless adapter. Wireless juga dapat  menjimatkan kos user kerana tidak perlu untuk berbelanja membeli kabel.
    • Keselamatan - ciri ciri keselamatan juga telah dipertingkatkan dimana user perlu memasukkan username dan password sebelum dapat mengakses modem untuk membuat sebarang perubahan konfigurasi. Modem juga dapat menghalang laman-laman web tertentu dipaparkan oleh Web Browser. Kini, ibu dan bapa tidak perlu risau lagi untuk mendedahkan anak mereka kepada Internet kerana modem boleh membantu mereka menyekat laman laman web yang tidak sihat dipaparkan di web browser.
    • Kelajuan - Modem kini juga dapat digunakan untuk kelajuan Internet yang pantas. Di Malaysia kini, kelajuan Internet yang dibekalkan oleh TMNET boleh mencecah sehingga 4MBps untuk pelanggan kediaman.

    Komputer

    Seperti yang telah diketahui, semua komputer boleh melayari Internet.  Tetapi untuk mendapatkan atau menggunakan faedah Internet sepenuhnya, user memerlukan komputer yang agak bagus sesuai dengan peredaran kemajuan teknologi komputer.
    Komputer user mestilah mampu untuk memaparkan kandungan Web seperti grafik, animasi , video dan bunyi.  Ada sesetengan task ini memerlukan processor yang bagus. Selain itu, Web Browser terkini pilihan user juga diperlukan untuk dimasukkan kedalam PC ataupun MAC user.
    Sebagai contoh, PC yang tidak boleh menjalankan sekurang-kurangnya Win95 dan juga MAC yang tidak boleh untuk menjalankan sekurang-kurangnya System 7.5, tidak boleh menjalankan JAVA Program, dimana JAVA Program memerlukan Web Browser yang terkini.

    JAVA
    ialah bahasa programming yang dicipta khas untuk digunakan didalam komputer  Network seperti Internet. Di Web, programmer menggunakan Java Program  untuk membenarkan web page melakukan fungsi seperti memproses order, memproses maklumat dan juga animasi. Java Program membuatkan Web Page  lebih cantik dan menarik tetapi ianya amat rumit.

    Untuk mendapatkan faedah Internet sepenuhnya dan juga memudahkan user untuk menggunakan Internet, spesifikasi minimum komputer perlu dipenuhi, seperti:-
    • Processor  – Terdapat beberapa jenama seperti Pentium dan AMD yang menawarkan processor kepada user. Pada masa kini, kelajuan processor sekurang kurangnya 500MHz diperlukan untuk melayari Internet dengan baik. Processor terkini yang berada dipasaran seperti Core 2 Quad, Phenom dan Core 2 Duo.
    • Operating System – Windows 95, Windows 98, Windows Millennium, Windows 2000 adalah diantara versi Windows yang terdahulu. Semuanya boleh melayari Internet kecuali Windows 95 yang memerlukan banyak konfigurasi untuk melayari Internet dengan baik. Windows terkini yang berasa dipasaran ialah Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7.
    • Display – Display biasanya berkait rapat dengan resolusi. Resolusi minimum ialah 800x600. Resolusi ini bergantung kepada kemampuan display. Display terkini juga mampu untuk menyokong High Definition ataupun dikenali sebagai HD. Dengan HD, display boleh memaparkan gambar dan memainkan audio dengan baik. Jenama-jenama seperti BenQ, Acer dan Hp menawarkan user pelbagai jenis display.
    • Memori – Minimum memori yang diperlukan untuk menjalan Windows Xp atau Windows 2000 ialah 128MB. Untuk komputer kini, memori bukan lagi satu masalah besar kerana telah dibekalkan dengan saiz memori yang besar seperti 1GB dan 2GB, dan saiz ini mencukupi untuk komputer menjalankan Windows pilihan user.
    • Hard Disk – Hard disk juga bukan satu masalah kepada user kerana minimum saiz hard disk untuk komputer kini ialah 320GB. Hard disk diperlukan kerana web browser menggunakannya sebagai tempat simpanan sementara untuk menjalankan kerja.
    • Optical Drive – Optical Drive atau pun juga dikenali sebagai CD-ROM Drive ataupun DVD-Drive tidak diperlukan untuk melayari Internet. Tetapi, user mungkin perlu install program untuk melayari Internet daripada CD ataupun DVD.
    • Hardware lain – hardware yang lain seperti mouse, keyboard, speaker dan juga web cam diperlukan untuk user menggunakan komputer dan Internet.

    Jika tidak mempunyai komputer untuk melayari Internet, pilihan lain juga ada untuk user melayari Internet
    · 
    Sekolah, Kolej, Universiti ataupun Pejabat – Pada tahun 2011, kebanyakan institusi-institusi ini mempunyai akaun Internet. Komputer awam juga disediakan untuk penuntut ataupun pekerja untuk melayari Internet.

    ·        Perpustakaan Awam – Perpustakaan awam juga mempunyai akaun Internet. Ada juda perpustakaan yang menyediakan perkhidmatan carian buku melalui Internet untuk memudahkan user untuk mencari buku. Komputer awam juga disediakan untuk user mencari buku, mencari maklumat, melihat versi surat khabar yang lama dan juga untuk berkomunikasi.

    ·        Cyber café – Boleh dikatakan disetiap pelosok Malaysia ataupun Bandar mempunyai cuber café. Cyber café menyediakan komputer yang bersambung ke Internet dan user boleh menggunakannya dengan bayaran yang berpatutan.

    ·        Premis – Ada juga premis seperti Coffee Shop di KLIA yang menyediakan komputer awam untuk digunakan oleh pelanggan mereka.

    Perisian Internet

    Terdapat 2 jenis perisian iaitu percuma dan berbayar. Untuk perisian percuma, user boleh memuat turun melalui laman laman web yang berkaitan. Untuk perisian yang berbayar, user boleh juga memuat turun atau mendapatkan di kedai kedai komputer.
    Selain daripada itu, 2 jenis perisian utama untuk menggunakan Internet ialah

    ·        Perisian komunikasi – Perisian ini diperlukan untuk membuat hubungan diantara Internet dan user. Contoh seperti Yahoo Mesengger dan Skype.
    ·    
    Client Program – Perisian ini melibatkan aktiviti aktiviti yang ingin dilakuan oleh user di Internet seperti Web Browser dan Email program.
    

    No comments:

    Post a Comment