Tips Final

Salam 1 Malaysia kepada semua, semoga hidup anda ceria dan gembira selalu.

Pembetulan Nota yang di upload oleh Clement Ng

Apakah itu Intranet?

Intranet merujuk kepada jaringan rangkaian tertutup yang menghubungkan komputer di dalam sesuatu organisasi, biasanya sesebuah syarikat dan hanya boleh dicapai oleh ahli-ahli organisasi tersebut, pekerja atau mana-mana pihak yang dibenarkan. Rangkaian Intranet juga boleh dihubungkan ke Internet, tetapi kebiasaannya, Internet ini akan dikawal oleh beberapa tahap teknologi keselamatan seperti Firewall, Proxy. Ada juga sesetengah organisasi yang mempunyai Server utk mengawal Internetnya. Teknologi keselamatan ini menyebabkan Intranet tidak dapat diakses daripada dunia luar, sekaligus menjamin keselamatan data dan maklumat organisasi.

Apakah itu Network?
Network ialah rangkain apabila satu kumpulan komputer disambungkan agar pengguna  dapat berhubung diantara satu sama lain. (betul)
Network ialah satu rangkaian yang dibina apabila satu kumpulan komputer disambungkan dengan menggunakan wayar telefon ataupun satelit di udara agar pengguna(user) dapat berhubung,berkomunikasi dan berkongsi maklumat di antara satu sama lain. (kurang tepat)
Web browser
Web browser ialah satu program yang membenarkan komputer untuk memaparkan isi kandungan laman web kepada pengguna ( tepat)
Client Program ataupun Client Application memerlukan server untuk ianya berfungsi, sebagai contoh, GMAIL, ianya adalah program dimana semua email kita disimpan di server dan kita perlu membuka GMAIL.com di web browser untuk membaca email kita. YAHOO juga client program sebab kita kena buka Yahoo.com untuk membaca email kita.
Perisian Komunikasi pula seperti Yahoo Mesengger, Skype kerana kita memerlukan perisian ini untuk membuat sambungan ke Internet.
FTP -
merupakan protokol piawaian yang dibunakan bagi menyalin fail daripada satu hos kepada hos lain melalui rangkaian berasaskan TCP/IP, seperti Internet. FTP dibina berdasarkan model senibina pelanggan-pelayan dan menggunakan kawalan berasingan dan sambungan data antara applikasi pelanggan dan pelayan, yang menyelesaikan masaalah perbezaan tatarajah hos hujung (contoh, Sistem Pengoperasi, nama fail).[1] FTP is used with user-based password authentication or with anonymous user access. ( saya tidak mahu jawapan ini)  berhati hati mencari maklumat di Internet, sila rujuk laman web yang menggunakan bahasa rasmi dunia, dan bukan bahasa Indonesia!!! Saya bukan orang Indonesia!!

FTP ialah satu teknologi yang menggunakan Internet dimana pengguna dapat menghantar fail diantara 2 tempat yang berbeza melalui Internet. Contohnya: En Jacob di Kuala Lumpur dapat menghantar fail kepada rakannya En Edward di UK dan En Edward perlu memuat turun @ download fail tersebut daripada Internet.



Ada 3 bahagian

Bahagian 1 - 17 soalan objektif
Bahagian 2 - 11 soalan subjektif. Soalan subjektif ini bukan ESEI, Contoh soalan ialah
... sila tuliskan bahasa html bagaimana untuk menukar warna tulisan....
ala ala mcm tulah... senang jerrr

Bahagian 3 - 1 soalan membina laman web. Soalan ini pula, saya akan berikan satu gambarajah, konon konon itu adalah website ler, dan kamu akan tuliskan bahasa html utk gambarajah tersebut... apa yg penting ?
a. struktur html - body, open n close
b . table
c. paragraph
d. center ker, ketepi ker..



Tips soalan final.

1. Baca tentang Intranet
2. Baca tentang Network
3. Baca tentang Client + Server
4. Peralatan untuk melayari Internet
5. Apa itu web browser
6. Baca tentang URL
7. Perisian Komunikasi
8. Domain
9. Baca tentang HTML - semua bahasa asas termasuk URL
10. Baca sejarah Internet
11. Baca tentang protokol
12. Sila buat latihan bertulis membangunkan laman web, ada satu soalan membina laman web yer...
13.Baca tentang FTP - sila search kat encik google mcm mana nak tahu pasal benda ni.. senang jer

Maklumat Berkaitan Kerja Kursus

Salam 1 Malaysia.

14 Mac 2011 - Kerja Kursus 2. Harap Maklum
Sila dapatkan maklumat tentang kerja kursus disini.


Akaun Facebook

Salam 1 Malaysia,
Saya telah buatkan satu akaun khas untuk kelas saya dimana anda semua boleh berbincang mengenai subjek ini dan terutamanya berkaitan dengan kod kod HTML.

Sila cari kelascmp@gmail.com di facebook. Berikan saya masa 24 jam untuk approve anda semua.

Sila letak nama penuh dan id sebagai pengesahan, jika tidak, saya tidak akan approve anda.!

Kuiz!!

Salam 1 Malaysia


Dapatkan maklumat kuiz disini

Kehadiran ke kelas !! @ Class attendance

Salam 1 Malaysia,

Mulai 22 February, minta kerjasama semua pelajar agar mematuhi arahan jadual waktu yang telah disediakan oleh Encik Othman.
Oleh kerana, saya mula mengajar subjek yang memerlukan semua pelajar mempunyai komputer dan saya perlu memberi fokus kepada setiap pelajar, saya minta pelajar kelas kedua tidak masuk ke kelas pertama, dan pelajar kelas pertama tidak masuk ke kelas kedua.
Kerjasama anda amat dihargai.

Terima Kasih

HTML

Salam 1 Malaysia

Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada latihan terakhir saya pada kamu semua, anda semua masih lagi tidak dapat memahami bagaimana untuk menulis kod HTML dan membina laman web.
Oleh itu, saya telah sediakan nota yang sesuai dan mudah untuk kamu buat sebagai rujukan untuk membangunkan laman web.
Untuk membina laman web, ianya terletak kepada sejauh mana kamu kreatif untuk berfikir secara logik dan menyelaraskannya dengan laman web yang kamu bina itu.
Sila download rujukan disini



SILA KLIK DISINI UNTUK DOWNLOAD RUJUKAN

Kamu semua diwajibkan untuk download rujukan ini, sila bawa setiap kali kelas saya.

Sekian, terima kasih.

Sambungan ke Internet

Apabila user memohon untuk mendapatkan perkhidmatan Internet daripada ISP, anda sebenarnya memohon untuk mendapatkan akaun internet.


Terdapat 2 jenis akaun iaitu:-

Dial-Up Account – Kebanyakkan akaun Internet dipanggil Dial-Up Account kerana user membuat sambungan ke Internet melalui talian telefon dengan memanggil ISP yang memberikan perkhidmatan
Internet menggunakan modem. Setelah sambungan dibuat, akaun Internet user akan diberikan IP dan komputer akan berkomunikasi menggunakan TCP/IP. Akaun jenis ini adalah asas dan akaun biasa yang digunakan pada awal perkembangan Internet.

·
DSL Broadband (Digital Subscriber Line) – Teknologi sambungan ke Internet semakin berkembang saban tahun, ia juga dapat menghantar dan menerima data dengan lebih cepat dan laju. Sambungan ke Internet juga dapat dilakukan secara berkala menggunakan modem, walaupun jika komputer ditutup,
modem masih membuat sambungan ke Internet.



Perbezaan Dial-Up Account dan DSL
Broadband

Dial Up Account

DSL Broadband
  • Perlahan
  • Tidak boleh - menggunakan
    talian telefon untuk membuat panggilan atau fax sewaktu sambungan ke
    Internet.
     
  • Murah - bayar apa yang digunakan
  • Menggunakan hardware yang murah
  • Agak mustahil untuk memuat turun data yang besar, menonton wayang secara online,
    mendengar muzik online dan video conference
  • Laju
  • Boleh - menggunakan talian telefon untuk membuat panggilan atau fax ketika  sambungan ke Internet.
  • Mahal – kebiasaannya bayaran bulanan
  • Menggunakan hardware yang agak mahal seperti modem yang terkini·         
  • Boleh menonton wayang secara online, mendengar muzik online dan video
    conference.





Perkakasan dan Perisian


Hardware tidak memainkan peranan bagaimana kita dapat berhubung dengan Internet. Walaupun dengan komputer versi terdahulu seperti Pentium 1 ataupun Pentium 3, kita masih dapat berhubung dengan Internet walaupun dengan kelajuan yang agak perlahan. Oleh itu, hardware hanya membantu bagaimana kita dapat menggunakan Internet dengan baik. Sebagai contoh: Processor yang laju dapat menjalankan beberapa task didalam satu satu masa.

Latihan !! -Last Updated 26 Januari 2011

Salam 1 Malaysia

Latihan 25 Januari 2011


Sila buat didalam notepad dan save as  didalam bentuk *.html. Emailkan pada saya di dad1755@gmail.com sebelum 2 Februari 2011.

Kehadiran Ke Kelas

Salam 1 Malaysia,

Kepada nama nama berkenaan, sila ambil perhatian.

Kepada sesiapa yang berkenaan dan telah memonteng kelas saya lebih daripada 2, nama anda akan diserahkan kepada Encik Othman dan salinan kepada Encik Fauzi.