Perkhidmatan Internet

Pendahuluan
Apa yang boleh kita lakukan dengan Internet? Internet boleh didapati dimana mana sahaja di seluruh pelosok Malaysia. Internet Wireless di Mc Donald, Starbucks dan juga KFC, Cyber Cafe yang menawarkan Internet dan juga TMNET yang menawarkan perkhidmatan Internet untuk kediaman atau lebih dikenali sebagai Streamyx.. Dan yang paling hampir dengan kita ialah telefon mudah alih yang boleh berhubung dengan Internet menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband, Maxis Broadband ataupun Digi Broadband.



Apa yang boleh kita lakukan dengan Internet ?

Melayari Internet @ Browse the web
User melayari Internet, user menggunakan Web Browser seperti Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox. Untuk mencari maklumat didalam Internet, Search Engine seperti http://www.google.com/ ataupun http://www.yahoo.com/ boleh membantu.

Untuk mendapatkan berita terkini, laman web seperti http://www.utusan.com.my/  ataupun http://www.hmetro.com.my/ boleh dilayari.

Institusi-institusi seperti Universiti, Muzium dan juga Sekolah juga mempunyai laman web untuk membantu user mendapatkan maklumat. Laman web Universiti seperti http://www.uitm.edu.my/ banyak membantu penuntut penuntut untuk mendapatkan maklumat atau berita terkini berkaitan dengan UiTM.

Kebanyakan sekolah juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara ONLINE ataupun ATAS TALIAN, pendaftaran hanya dilakukan di laman web tanpa perlu hadir ke sekolah. Cara ini juga dapat membantu ibu bapa yang sibuk dan tidak mempunyai waktu yang sesuai untuk hadir ke sekolah untuk mendaftarkan anak anak mereka.

Internet juga dapat memberikan maklumat berkaitan dengan sesuatu tempat yang ingin user lawati, seperti http://www.tourismjohor.com/ . Maklumat seperti tempat makan, penginapan, tempat tempat menarik yang boleh dilawati dan juga harga di Johor mudah untuk didapati tanpa perlu user ke negeri Johor. Kewujudan laman web ini banyak membantu user untuk merancang perjalanan dengan lebih baik.

Mendengar muzik dan juga menonton video tidak asing lagi di Internet, user boleh melayari laman web seperti http://www.youtube.com/. Menonton televisyen juga bukan sesuatu yang mustahil apabila Media Prima menyediakan perkhidmatan menonton episod drama di Internet melalui laman web http://www.tonton.com.my/.

Dan apa yang paling penting ialah user dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga dan juga rakan rakan menggunakan laman web sosial seperti http://www.facebook.com/. Dengan laman web sosial, user boleh menghantar message, chatting dan juga berkongsi maklumat terkini tentang diri masing masing.

Berkomunikasi
Selain daripada menggunakan web browser untuk melayari http://www.facebook.com/, user juga menggunakan client program seperti Yahoo Mesengger dan  Windows Mesengger untuk berhubung.
Client program ini membolehkan user untuk berkongsi fail atau maklumat, panggilan video, panggilan suara dan berbincang(chat room).
Client program ini juga boleh berhubung dengan rakan rakan anda di seluruh dunia. Dengan itu, ianya adalah tidak mustahil untuk user terus berhubung dengan rakan rakan di negara lain pada bila bila masa.
Client program seperti GMAIL dan Yahoo Mail juga membolehkan user berkomunikasi menggunakan Internet.

Bekerja
Internet juga boleh menjadi sebagai salah satu cara untuk user  bekerja.
Dengan software seperti Remote Desktop,user dapat mengawal dan menggunakan komputer di tempat lain. Sebagai contoh user mengawal komputer peribadi di rumah hanya dari pejabat.
Tekonologi Telnet  membenarkan user untuk menggunakan atau mengawal komputer ditempat lain dan jauh, menjalankan program, menggunakan datanya seolah olah user  berada dihadapan komputer tersebut.
FTP (File Transfer Protocol) membenarkan user untuk download fail ataupun upload fail.

Belajar
Internet juga menjadi tempat untuk user belajar perkara perkara baru.
Laman web seperti http://www.w3schools.com/html/default.asp menawarkan maklumat berkaitan dengan bagaimana untuk user  mempelajari HTML(membina laman web).
User juga dapat belajar tentang tempat yang tidak pernah dilawati dengan hanya mencari maklumat tentang tempat tersebut menggunakan search engine untuk melihat gambar atau maklumat dapat merasai situasi yang sebenar.

Keselamatan
Internet boleh juga digunakan sebagai platform untuk keselamatan.
Hardware seperti DLINK IP-Camera ataupun CCTV  membenarkan user  untuk melihat lokasi yang dipantau oleh kamera ini walaupun user berasa ditempat lain menggunakan Internet melalui web browser. Contoh dibincang didalam kelas.

No comments:

Post a Comment