WWW- World Wide Web

Pendahuluan
WWW juga dikenali sebagai World Wide Web, W3 ataupun Web. Ianya adalah sambungan kepada seluruh  network didunia ini. WWW-World Wide Web adalah himpunan koleksi laman laman web di Internet yang terdiri daripada hyperlinks, hypertext dan hypermedia. WWW ini sebahagian daripada Internet dan ia hanya boleh diakses melalui Internet. Tanpa Internet, user tidak boleh mengaksesnya. Di Internet, semua komputer berkomunikasi menggunakan protocol dan bahasa yang sama yang dipanggil HTTP.


World Wide Web
WWW- World Wide Web telah dicipta oleh Tim Berners Lee. WWW ini melibatkan konsep bagaimana untuk mengendalikan menguruskan maklumat dengan lebih baik. Ia juga boleh diibaratkan seperti Perpustakaan Maya yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.W3C(The World Wide Web Consortium) adalah satu badan yang membuat undang undang untuk WWW. Maklumat lanjut di http://www.w3.org/ .
Menggunakan Web Browser,  user  dapat melihat teks, gambar, video dan links yang terkandung didalam WWW.
Hypertext ialah koleksi maklumat didalam WWW. Ia juga struktur kepada WWW. Koleksi maklumat ini seperti label, gambar dan table boleh dilihat menggunakan web browser untuk memudahkan pengguna.
Hyperlink pula ialah rujukan kepada satu maklumat dimana user dapat mengikutinya.
Hypermedia ialah lebih kepada gambar, muzik dan video.

Bahasa ( Language)
WWW menggunakan bahasa HTML(Hypertext Markup Language) sebagai bahasa asas. Setiap developer seharusnya mempunyai pengetahuan asas mengenai HTML. Namun, WWW juga menggunakan bahasa lain yang lebih canggih dan terkini seperti CSS, JAVA dan FLASH.

Bagaimana WWW berfungsi
Setiap kali user melawat satu laman web, user boleh membaca dan melihat setiap maklumat yang terkandung didalamnya. Semua maklumat ini disimpan didalam Web Pages. Web Pages pula disimpan didalam web server. Apabila setiap kali user menggunakan Web Browser  untuk membuka laman web, web browser akan menghantar permintaan laman web yang akan dibuka tadi ke web server. Apabila permintaan sudah diproses, web server akan menghantar web pages yang berkaitan dengan permintaan user tadi ke web browser, dan web browser pula memaparkan web pages itu.


Internet menghantar page address untuk web pages yang diminta oleh user didalam bentuk HTTP(Hypertext Transfer Protocol).  Page address seperti http://www.google.com.my/ akan dibuka oleh web browser.

HTTP ialah protocol asas yang digunakan oleh internet untuk menghubungkan semua web server.

Apabila web browser memproses permintaan user, web browser akan menghantar permintaan tadi didalam bentuk HTTP dan web server juga akan menghantar maklumat yang diminta didalam bentuk yang sama kepada user.
Apabila user menggunakan internet untuk melakukan transaksi bank, HTTP akan menggunakan protocol asas yang lebih selamat iaitu HTTPS.



No comments:

Post a Comment